KAJIAN COMPRESSION MOULDING DALAM VIRTUAL REALITY

Authors

  • Suzana binti Shafei MS
  • Azimah binti Ismail
  • Nazera binti Dan

Abstract

Proses penilaian produk yang kompleks boleh memakan kos dan memakan masa sepanjang pelbagai peringkat proses reka bentuk. Oleh itu, projek ini bertujuan untuk membangunkan produk ke arah IR 4.0 dengan menyepadukan teknologi VR dan aplikasi Compression Moulding ke dalam proses P&P untuk membuat penambahbaikan yang mungkin terhadap had semasa mengurangkan masa dan kos dalam kitaran pembangunan, memastikan kualiti dan kebolehgunaannya. Objektif inovasi ini adalah membangunkan sistem virtual reality in compression moulding dan menguji keberkesanan fungsi virtual reality in compression moulding. Fokus projek ini adalah untuk menghasilkan teknologi virtual reality in compression moulding bagi melihat bagaimana gambaran dari permulaan proses sehingga terhasilnya produk untuk mesin compression moulding. Seterusnya projek ini hanya menumpukan komponen – komponen pada mesin compression moulding. Disamping itu, menerangkan mengenai prosedur – prosedur untuk menghasilkan compression moulding. Sepanjang proses saringan dan pemarkahan, peranti pemulihan pergelangan tangan dipilih sebagai produk yang berpotensi untuk pembangunan selanjutnya menggunakan teknologi VR. Projek ini bertujuan menghasilkan teknologi virtual reality in compression moulding. Jadi jelaslah projek yang dihasilkan ini mengandungi pelbagai manfaat yang memberi untuk mencapai tahap kebolehkerjaan untuk memenuhi kehendak industri yang semakin maju.Oleh hal demikian dengan penghasilan projek ini dapat membantu pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Plastik melihat gambaran seakan sebenar untuk mesin compression moulding. Seterusnya, projek ini mendedahkan prosedur, proses dan komponen.

Downloads

Published

2023-12-28

Issue

Section

Engineering (Civil, Electrical,Mechanical)