KAJIAN TAHAP PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR “OFF-GRID SOLAR PHOTOVOLTAIC ” DI POLIMAS
Abstract
Alat bahan bantu mengajar (ABM) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) adalah penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar “Off-Grid Photovoltaic Solar Trainer” dalam kursus Penyenggaraan dan Pembaikan Elektrik. Seramai 39 orang pelajar dari jabatan kejuruteraan elektrik semester lima bagi sesi 1 2022/2023 dari kelas DET5A dan DET5B telah mengambil bahagian di dalam kajian ini. Dalam kajian ini, borang google digunakan untuk diedarkan kepada pelajar yang terlibat untuk mengumpul maklumat dan data. Kaedah kuantitatif dan borang google digunakan untuk menganalisis data. Hasil pemerhatian dan borang google soal selidik mendapati lebih 80% pelajar minat menggunakan ABM ini. Selain itu 97.4% pelajar bersetuju ABM ini sangat mudah dan lebih tersusun berbanding ABM yang sedia ada. Hasil dapatan juga menunjukkan lebih 90% pelajar bersetuju ABM ini membantu untuk memahami system solar dengan lebih baik. Secara keseluruhan 97.5% pelajar bersetuju “ OFF-GRID PV SOLAR TRAINER” amat berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk kursus Penyelenggaraan dan Pemabaikan DET50093. Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa alat bantu mengajar “ OFF-GRID PV SOLAR TRAINER” telah terbukti amat berkesan dalam proses PnP dan dapat memberikan impak yang besar dan positif kepada pelajar seterusnya melancarkan dan memudahkan proses PnP.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS