Kajian Keberkesanan Mini Project Kit terhadap Pelajar-Pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik,POLIMAS bagi Kursus Projek 1.
Abstract
Mini Project Kit merupakan satu alat bahan bantu mengajar dibangunkan berdasarkan keperluan semasa yang berlandaskan silibus bagi kursus Projek 1 DEE40082 yang merupakan kursus wajib bagi setiap pelajar yang berada padaa semester empat di pengajian Diploma dalam Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan abdul halim Mu’adzam Shah. Tiga program Diploma yang terlibat adalah Diploma Kejuruteraan Elektrik, Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi). Para Pelajar akan melaksanakan Mini Project dengan menggunakan Kit ini dan para pensyarah akan membuat penilaian berdasarkan hasil dapatan tuigasan daripada Kit tersebut. Bagi menguji keberkesanan Mini Project Kit , satu kajian telah dijalankan menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan statistik perbandingan min. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian utama dan mengandungi sembilan item soalan dan menggunakan skala Likert. Sebagai kesimpulan, hasil dapatan kajian tersebut adalah pada tahap tinggi. Maka, ini menunjukkan keberkesanan Mini Project Kit adalah positif kerana tahap kecenderungan responden adalah tinggi terhadap Kit.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS