Falsafah Dan Kurikulum Pendidikan Islam Abu Hamid Al-Ghazali

Authors

  • Muhammad Zulazizi Mohd Nawi Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kertas penyelidikan ini membincangkan kefalsafahan dan kurikulum kependidikan Islam Abu Hamid al-Ghazali dan beberapa korpus metodologi yang wajar digunapakai bagi mencorakkan warna-warni pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. Konsep pendidikan yang berteraskan Islam oleh Abu Hamid al-Ghazali mengandungi banyak faedah dan manfaat yang boleh diaplikasikan supaya moral dan akhlak seseorang manusia bertambah mantap dan holistik. Penyelidikan ini dijalankan menggunakan metode kualitatif yang berbentuk kepustakaan. Proses pengumpulan data pula adalah melalui sorotan ilmiah seperti jurnal, prosiding, buku, artikel, ensiklopedia dan lain-lain lagi yang mana dikenali sebagai analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa, beberapa komponen, model dan teori berdasarkan pemikiran Abu Hamid al-Ghazali dapat memberikan sumbangan yang besar kepada kemajuan bidang pendidikan Islam selain menggambarkan kriteria sebenar sesebuah masyarakat bertamadun

Downloads

Published

2022-09-26

Issue

Section

Religious Studies