YOUTUBE SEBAGAI MEDIUM PEMBELAJARAN KOLABORATIF SIMULASI DALAM KURSUS KELAB (MPU24021) POLITEKNIK MALAYSIA
Abstract
Pembelajaran berasaskan teknologi dilihat mampu meningkatkan minat serta mendukung gaya pembelajaran generasi digital masa kini. Ia juga mampu memberi impak yang positif terhadap pencapaian pelajar di semua peringkat pengajian. Penulisan akademik ini bertujuan untuk menjelaskan konsep penggunaan video di platform ‘YouTube’ sebagai satu medium pembelajaran secara kolaboratif dan simulasi. Kaedah dan teknik pembelajaran ini cuba diaplikasi oleh penulis terhadap para pelajar yang mengambil kursus Kelab (MPU24021) dalam bidang Bahasa Arab di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah bagi pengajian sesi 1 2021/2022. Pelajar yang mengikuti kursus ini terdiri daripada 39 orang pelajar lelaki dan wanita semester 2 melalui pelbagai program pengajian di POLIMAS. Kursus ini telah dikendalikan oleh seorang pensyarah daripada Jabatan Pengajian Am, POLIMAS. Berdasarkan kurikulum Politeknik Malaysia bagi kursus ini, ia mengandungi dua hasil pembelajaran dan salah satu dari hasil pembelajaran tersebut mencadangkan pembelajaran menggunakan teknik kolaboratif dan simulasi yang dinilai melalui pentaksiran ‘Tunjukcara’. Kesimpulannya, kertas konsep ini dapat memberikan pendedahan serta kesan positif bagi pensyarah dan pelajar untuk mengaplikasikan penggunaan paltform ‘YouTube’ dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di era teknologi siber masa kini.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS