KEBERKESANAN APLIKASI MYXTVT DALAM MENINGKATKAN PENGLIBATAN PELAJAR TERHADAP AKTIVITI KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
Abstract
Penglibatan pelajar dalam program dan aktiviti yang dianjurkan oleh institusi pendidikan sama ada di peringkat sekolah atau pengajian tinggi kurang mendapat sambutan semasa berlakunya penularan pandemik Covid – 19 baru-baru ini. Situasi ini disebabkan para pelajar tidak menghadirkan diri secara bersemuka ke institusi masing-masing dan kebanyakan aktiviti adalah dijalankan secara dalam talian. Majoriti pelajar tidak peka akan adanya aktiviti dan program yang dianjurkan sehingga menyebabkan peratus dan bilangan penglibatan semakin menurun. Justeru itu, satu aplikasi MYXTVT telah dibangunkan oleh pihak Kolej Komuniti Beaufort (KKBS) bagi menarik minat pelajar untuk menyertai aktiviti dan program yang dianjurkan. Responden kajian ini terdiri daripada 70 orang pelajar KKBS terdiri daripada tiga program pengajian yang berbeza. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang diedarkan secara rawak. Data yang diperoleh akan dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS v.22. Dapatan kajian bagi keberkesanan MYXTVT terhadap penglibatan aktiviti pelajar menunjukkan purata min yang diperolehi adalah tinggi iaitu 4.15. Fungsi menu yang dibangunkan dalam MYXTVT serta fungsi notifikasi yang terdapat di dalamnya memperolehi min yang paling tinggi iaitu 4.29 dan 4.21. Manakala min bagi pernyataan mata merit dan pelajar suka mengumpulkan mata merit telah mendapat nilai min yang paling rendah iaitu 4.06 berbanding item lain. Dapatan kajian yang diperolehi diharap dapat dijadikan panduan kepada pihak institusi dalam merangka pelbagai program dan aktiviti yang menarik dan interaktif secara dalam talian melalui peluang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan penglibatan pelajar pada masa akan datang.
Kata Kunci: MYXTVT, penglibatan pelajar, aktiviti dan program
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS