KAJIAN KEPERLUAN PENAIKTARAFAN JETI KUALA SUNGAI UDANG SEBAGAI AKSES UTAMA KE PULAU-PULAU KECIL DAERAH YAN, KEDAH DARUL AMAN
Tiada
Abstract
Kuala Sungai Udang, daerah Yan, Kedah Darul Aman merupakan satu kawasan jeti yang digunakan oleh nelayan untuk memperolehi hasil laut. Jeti tersebut merupakan tempat yang menjadi akses utama para pelancong untuk ke pulau-pulau kecil di sekitarnya seperti Pulau Songsong, Pulau Bunting, Pulau Bidan dan Pulau Telor yang kaya dengan khazanah alam semula jadi seperti terumbu karang, pantai yang bersih dan air jernih yang menyegarkan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan penaiktarafan jeti nelayan Kuala Sungai Udang bagi menyokong sektor eko-pelancongan dalam Rancangan Tempatan Daerah Yan 2006-2020 selaras dengan tema “Yan Daerah Pelancongan Daerah Bersih” bagi daerah Yan, Kedah Darul Aman. Kajian dilaksanakan melalui kaedah soal selidik dan kaedah pengamatan. Borang soal selidik telah diedarkan kepada pengunjung jeti di Kuala Sungai Udang. Seramai 100 sampel yang terdiri daripada pengunjung dan pelancong di jeti Kuala Sungai Udang. Dapatan kajian mendapati bahawa 71% responden telah melakukan kunjungan ke pulau-pulau kecil di daerah Yan lebih daripada sekali, selebihnya 29% ialah sekali kunjungan. Manakala 54% responden telah menggunakan jeti Kuala Sungai Udang lebih daripada sekali dan 46% pertama kali. Dapatan lain ialah kawasan kajian tidak mempunyai jeti khusus untuk pelancong mengakses ke pulau-pulau kecil yang menjadi daya tarikan pelancong di sekitar daerah Yan. Ditambah dengan ketiadaan kemudahan sokongan serta jalan dan tempat letak kenderaan yang tidak terancang menimbulkan masalah kepada pelancong dan penduduk setempat. Justeru keperluan penaiktarafan jeti di Kuala Sungai Udang amat signifikan dalam memberi kemudahan kepada pengunjung atau pelancong sebagai aksesibiliti utama ke pulau-pulau kecil di Daerah Yan, Kedah Darulaman.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS