Tahap Kefahaman Asas Kimia Organik Dalam Kalangan Pelajar Modul 1 Di Kolej Matrikulasi Kedah
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap kefahaman asas pelajar terhadap kimia organik di peringkat kolej matrikulasi. Kajian asas ini dijalankan secara rawak ke atas 68 orang pelajar modul 1 jurusan sains di Kolej Matrikulasi Kedah. Instrumen yang digunakan ialah ujian asas kimia organik yang terdiri dari 20 soalan objektif asas kimia organik yang di ambil dari soalan tutorial dan silibus kimia peperiksaan SPM. Soalan-soalan ini dipilih untuk menilai tahap kefahaman pelajar terhadap kimia organik dan topik yang ditanya juga telah mereka pelajari di tingkatan 5. Instrumen soalan ini telah dinilai dan ditentusahkan oleh pensyarah cemerlang dan pensyarah ‘subject matter expert’ (SME) Unit Kimia. Daripada analisis ke atas dapatan kajian, didapati tahap kefahaman pelajar terhadap kimia organik adalah ditahap sederhana. Sebagai rumusan, pensyarah-pensyarah Unit Kimia Kolej Matrikulasi Kedah perlu membuat penambahbaikkan terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran kimia organik agar sesuai dengan tahap kefahaman dan kebersedian mereka. Pelajar-pelajar juga boleh menyesuaikan teknik pembelajaran agar sesuai dengan tahap kefahaman mereka.
Kata Kunci: Kimia organik, pengajaran dan pembelajaran, tahap kefahaman pelajar.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS