‘Me & You’ : Penyelesaian Masalah untuk Mencapai Status Blended Learning Bagi Platform CIDOS di Kalangan Pensyarah JMSK di POLIMAS

Authors

  • Che’ Rohalan binti Ahmad
  • Khamisah binti Abd Hadi
  • Che Rogayah binti Desa

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengatasi masalah para pensyarah di JMSK, POLIMAS yang tidak mencapai status Blended Learning (BL) bagi kursus-kursus di dalam platform Curriculum Information Document Online System (CIDOS). Tinjauan awal telah dilakukan pada minggu ke sembilan dalam sesi pengajian Jun 2020 dengan menganalisa data dan rekod yang diperolehi dari portal CIDOS. Analisa mendapati 35% atau sebanyak 22 platform yang diajar oleh 12 orang pensyarah Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer, Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) masih belum mencapai status BL. Pendekatan aktiviti ‘Me & You’ telah dilaksanakan selama lima minggu iaitu dari minggu ke-10 hingga minggu ke-14. Aktiviti ini memfokuskan kepada memberi bimbingan kepada pensyarah yang terlibat mengenai item-item yang perlu dilengkapkan bagi mencapai status BL. Hasil pemantauan direkodkan dengan mengisi borang Blended Learning Status Checklist. Berdasarkan kepada perbandingan keputusan analisa sebelum dan selepas aktiviti ‘Me & You’ dijalankan, telah berlaku peningkatan peratus pencapaian pensyarah yang berstatus BL pada setiap minggu bermula dari minggu ke-10 hingga minggu ke-14 iaitu masing-masing mencatatkan sebanyak 68.3% (minggu ke-10), 73.0% (minggu ke-11), 82.5% (minggu ke-12), 97.0% (minggu ke-13) dan akhirnya berjaya mencapai 100% (minggu ke-14). Melalui aktiviti ini, pensyarah yang terlibat semakin faham mengenai kriteria yang diperlukan untuk mencapai status BL. Hal ini menunjukkan intervensi yang diambil dalam kajian ini adalah tepat dan berkesan. Walaupun terdapat halangan yang dihadapi sewaktu melaksanakan kajian ini seperti kesukaran untuk mencari kesesuaian masa antara mentor dan coachee, namun akhirnya aktiviti ‘Me & You’ dapat dijalankan dengan jayanya.

 

Kata Kunci: Blended Learning, Platform CIDOS, Mentor dan Coachee

Downloads

Published

2021-10-02

Issue

Section

Teaching and Learning