Kajian Kesedian Dan Kekangan Peperiksaan Akhir Penilaian Alternatif Asas Pengaturcaraan Secara Atas Talian Di Kalangan Pelajar Politeknik Metro Tasek Gelugor
Abstract
Sudah hampir setahun lebih Pandemik Novel Corono Virus melanda seluruh dunia. Pelbagai kesan positif dan negatif dapat dilihat dari pelbagai sektor. Teknologi memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian terutama teknologi atas talian. Bidang pendidikan termasuk di politeknik antara yang terlibat aktif dalam penggunaan teknologi atas talian. Di Politeknik Metro Tasek Gelugor Pulau Pinang(PMTG), kaedah peperiksaan akhir telah disuaikan dengan situasi semasa norma baharu dengan konsep peperiksaan akhir penilaian alternatif(PAlt) yang dilaksanakan secara atas talian. Pengkaji memilih untuk melaksanakan suatu kajian tinjaun dimana kaedah soal selidik digunapakai di atas pelajar asas pengaturcaraan PMTG. Data yang diperolehi akan dianalisis. Secara keseluruhnannya, objektif kajian telah dicapai. Kajian ini diharap boleh membantu pihak-pihak berkaitan didalam perlaksanaan penilaian akhir dalam memastikan kualiti pendidikan akan datang.
Kata kunci: PMTG, Pelajar, PAlt
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS