Kit_Moda: Meningkatkan Tahap Kemahiran Dalam Menentukan Kuantiti Vektor Momen Daya

Authors

  • Rokayah Binti A Rashid
  • Salmi Binti Abdullah

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada peningkatan  tahap kemahiran pelajar untuk menentukan kuantiti vektor satu momen daya.  Keupayaan menentukan magnitud dan arah momen merupakan asas yang penting dalam penyelesaian masalah  Momen Daya yang terkandung dalam silibus kursus Sains Kejuruteraan di Politeknik Malaysia. Tiga orang pelajar semester satu daripada program Diploma Kejuruteraan Mekanikal Loji beserta dua orang pensyarah terlibat dalam kajian ini. Tinjauan masalah dilakukan melalui kaedah pemerhatian, temu bual, ujian pra dan ujian pos. Hasil tinjauan tersebut mendapati pelajar tidak mahir untuk menentukan nilai momen daya dengan tepat. Tahap keupayaan pelajar berimiginasi terhadap arah momen, kesan daripada tindakan beban dan arah beban yang dikenakan adalah rendah. Hal ini menyebabkan pelajar mengambil  masa yang lama untuk menyelesaikan masalah berkaitan momen daya. Perancangan tindakan dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran pelajar bagi menentukan momen sesuatu daya. Penggunaan Model Kit Moda diperkenalkan kepada pelajar selama satu minggu. Dapatan dari intervensi ini  mendapati pelajar hanya mengambil masa yang sedikit untuk menyelesaikan masalah berkaitan momen daya. Berdasarkan kepada hasil temu bual, pelajar menyatakan kesesuaian dan keseronokan menggunakan Model Kit Moda. Keputusan ujian pos menunjukkan kesemua pelajar berjaya mengira nilai momen dengan tepat. Model Kit Moda dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar dalam topik ini. Ia juga berjaya meningkatkan tahap kemahiran menentukan magnitud momen dalam kalangan pelajar kursus Sains Kejuruteraan di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Kata kunci : Momen daya, kefahaman, Kit Moda, pencapaian, Sains Kejuruteraan.

Downloads

Published

2021-10-02

Issue

Section

Teaching and Learning