Penggunaan WazeTech untuk Meningkatkan Tahap Kefahaman Pelajar dalam Topik Kirchoff’s Law
Abstract
Kajian ini memberi fokus kepada meningkatkan kefahaman pelajar matrikulasi dalam topik Kirchoff’s Law. Topik ini menekankan kepada kemahiran pelajar untuk menentukan arah arus yang akan digunakan dalam penyelesaian masalah. Kesalahan yang dilakukan oleh pelajar akan mengakibatkan mereka kehilangan banyak markah dan akan menjejaskan pencapaian Fizik mereka. Kajian ini dilaksanakan terhadap pelajar kelas F3T7 seramai 13 orang yang merupakan pelajar Modul II Program Dua Semester Sesi 2020/2021 Kolej Matrikulasi Kedah. Intervensi dilakukan menggunakan teknik ‘one color, one current’ namun ia tidak memberi kesan yang menggalakkan. Berdasarkan analisis Ujian Pra, hanya lima orang pelajar berjaya memperolehi markah 80% dan ke atas. Ini menunjukkan kebanyakan pelajar masih menghadapi masalah dalam menentukan arah arus pada litar yang diberi. Penentuan arah arus ini memberi kesan kepada nilai markah yang diperolehi oleh pelajar kerana jawapan yang diberikan akan digunakan untuk menjawab soalan yang seterusnya. Hal ini amat membimbangkan dan penambahbaikan perlu dilakukan. Pendekatan WazeTech diperkenalkan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam menentukan arah arus. Hasil dapatan yang diperolehi melalui Ujian Pos memberikan keputusan yang memberangsangkan dengan kesemua pelajar berjaya menentukan arah arus seterusnya berjaya menyelesaikan permasalahan yang diberi dengan baik. Respon daripada pelajar juga menunjukkan bahawa pendekatan ini berjaya meningkatkan kemahiran pelajar menentukan arah arus seterusnya dapat dapat memahami konsep arah arus dalam litar elektrik dengan baik.
Kata kunci : Arah arus, Kefahaman, Kirchoff’s Law, Pencapaian dan Fizik.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS