Keberkesanan Electric Field Key Accelerator Module Dalam Meningkatkan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Electric Field

Authors

  • Siti Munirah Binti Mohamed

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan . Tinjauan awal mendapati seramai sembilan orang daripada 14 orang pelajar dari kelas F3T4 berada dalam kategori lemah dalam menjawab soalan berkaitan Electric Field. Perkara ini sangat membimbangkan kerana subtopik ini merupakan konsep asas kepada tajuk-tajuk lain terutamanya dalam topik Electrostatic dan Direct Current yang mana menyumbang markah yang tinggi di dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi Semester II (PSPM II). Justeru itu, seramai sembilan orang pelajar lemah dipilih menjadi responden kajian ini. Kajian tindakan ini berasaskan Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988). Tinjauan awal dan kajian telah dilaksanakan melalui  temu bual, pemerhatian, latihan berpandu, rubrik penilaian dan refleksi selepas pengajaran dan pembelajaran (PdP) terhadap  setiap pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Dua sesi bimbingan dilaksanakan dengan menggunakan Electric Field Key Accelerator Module sepanjang kajian dilaksanakan. Tinjauan awal (Ujian Formatif dan temubual) dan Ujian Pra menunjukkan pelajar tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk menyelesaikan masalah dan memberikan jawapan yang tidak tepat mengikut kehendak soalan. Satu intervensi menggunakan Electric Field Key Accelerator Module telah dilaksanakan secara berkumpulan dan individu untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan Electric Field. Hasil dapatan kajian ini mendapati pelajar dapat menjawab soalan tersebut dengan cepat, tepat, betul, mudah dan mengikut kehendak soalan dengan menggunakan Electric Field Key Accelerator Module. Hasil kajian juga mendapati terdapat peningkatan skor Ujian Electric Field yang menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kemahiran dalam menyelesaikan masalah Electric Field. Ini jelas menunjukkan bahawa Electric Field Key Accelerator Module berkesan dalam meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah Electric Field.

 

Kata Kunci: Electric Field Key Accelerator Module, Kajian Tindakan, kemahiran

Downloads

Published

2021-10-02

Issue

Section

Teaching and Learning