Penggunaan Diagram ‘Resphogas’ untuk Meningkatkan Kefahaman dan Ingatan Pelajar Dalam Pembelajaran Biologi
Abstract
Kajian ini dilaksanakan untuk menguji keberkesanan penggunaan diagram ‘Resphogas’ dalam membantu pelajar memahami dan mengingat dengan mengaitkan kandungan pelajaran bagi topik Respirasi, Fotosintesis dan Pertukaran Gas. Diagram ‘Resphogas’ dihasilkan berdasarkan Teori Pemindahan Pembelajaran (Transfer of Learning) yang menghubungkan kandungan pelajaran antara topik. Penghasilan diagram ‘Resphogas’ ini juga mengadaptasi prinsip Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kesenian, dan Matematik (STEAM) dan pembelajaran berasaskan projek (Project Based Learning, PBL) yang menggalakkan pembelajaran aktif dan kolaboratif dalam kalangan pelajar. Kaedah ini juga dilaksanakan sebagai satu inisiatif untuk mengatasi masalah kekangan masa untuk melengkapkan silibus berikutan perubahan takwim pembelajaran Program Matrikulasi 2020/2021. Kajian ini melibatkan 45 orang pelajar kelas tutorial Biologi Semester Dua Sesi 2020/2021 yang terdiri daripada 7 orang pelajar lelaki dan 38 orang pelajar perempuan. Hasil dapatan menunjukkan penggunaan diagram ‘Resphogas’ dapat meningkatkan kefahaman pelajar bagi ketiga-tiga topik dan perkaitan kandungan pelajaran antara topik-topik tersebut dengan berkesan dalam tempoh masa yang lebih singkat. Integrasi STEAM dan PBL yang menerapkan pembelajaran berpusatkan pelajar secara tidak langsung dapat menggalakkan penglibatan aktif dan menarik minat pelajar terhadap pembelajaran Biologi dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar.
Kata kunci: Respirasi, Fotosintesis, Pertukaran Gas, STEAM, PBL
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS