Penggunaan Teknik ‘Key-WEM’ untuk Menguasai Matapelajaran Biologi Matrikulasi.
Abstract
Kajian ini dilaksanakan untuk menguji keberkesanan penggunaan teknik Key-WEM dalam menguasai matapelajaran Biologi Matrikulasi. Matapelajaran Biologi Matrikulasi dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris yang menjadi salah satu cabaran kebanyakan pelajar untuk menguasai matapelajaran ini. Teknik Key-WEM ini diperkenalkan untuk meningkatkan keupayaan pelajar dalam mengingat dan menulis kandungan pelajaran Biologi dalam Bahasa Inggeris dengan tepat. Teknik Key-WEM ini merangkumi ketiga-tiga tahap dalam Kon Pengalaman Pembelajaran Dale (1964) iaitu persimbolan (peta minda), pemerhatian (mencari dan menulis kata kunci) dan penglibatan (penerangan). Kajian ini melibatkan 5 orang pelajar kelas tutorial Biologi semester satu sesi 2019/2020 yang terdiri daripada dua orang pelajar perempuan dan tiga orang pelajar lelaki berbangsa Melayu. Peserta kajian ini mempunyai latar belakang pencapaian Bahasa Inggeris SPM gred C dan ke bawah; dan keputusan Biologi gred B dan ke bawah; serta mengikuti pembelajaran Biologi sepenuhnya dalam Bahasa Melayu di sekolah. Kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang melibatkan pengumpulan data melalui pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Hasil dapatan menunjukkan teknik Key-WEM dapat meningkatkan keupayaan mengingat dan menulis kandungan pelajaran Biologi dalam Bahasa Inggeris dengan tepat. 100% peserta menunjukkan peningkatan pencapaian dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi 1 (PSPM1) berbanding keputusan SPM. Pelajar juga didapati lebih yakin menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran Biologi.
Kata kunci: Biologi, Bahasa Inggeris, kata kunci, mengingat, menulis
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS