Introo’kit Workbook dapat Meningkatkan Pencapaian Pelajar dalam Topik Pengenalan Kimia Organik
Abstract
IntroO’kit Workbook merupakan bahan bantu mengajar berbentuk digital yang digunakan untuk membantu pelajar mempelajari topik pengenalan kimia organik. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam topik pengenalan kimia organik dan menentukan keberkesanan IntroO’kit workbook terhadap pelajar. Kajian ini merupakan kajian tindakan satu kitaran berbentuk kuantitatif. Sampel kajian adalah seramai 17 orang pelajar yang dipilih menggunakan pensampelan bertujuan. Instrumen yang digunakan adalah IntroO’kit Workbook yang dibina menggunakan aplikasi Liveworksheet. Workbook ini mengandungi lembaran kerja berbentuk digital dan juga video pengajaran bagi topik pengenalan kimia organik. Analisis kuantitatif yang digunakan adalah statistik deskriptif berbentuk peratus. Dapatan kajian menunjukkan 100% peningkatan pencapaian. Manakala 100% pelajar bersetuju IntroO’kit Workbook berkesan dalam membantu mereka mempelajari topik ini. Kajian memberi impak yang positif terhadap pembelajaran pelajar, perubahan sikap mereka, juga terhadap pengajaran pensyarah serta unit kimia. Pelajar semakin fokus dan berkeyakinan untuk menyelesaikan soalan. Kaedah pengajaran dan profesionalisme pensyarah juga dapat ditingkatkan.
Kata kunci Pengenalan Kimia Organik, digital, workbook, livewooksheet,
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS