Keberkesanan Penggunaan GeoGebra 3D Kalkulator Dalam Meningkatkan Kecekapan Pelajar Menentukan Isipadu Janaan

Authors

  • Kang Kooi Wei
  • Chow Choon Wooi
  • Nurul Syazwani Binti Omar
  • Khairunnisa Akmal Binti Abdl Azid

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan GeoGebra 3D kalkulator dalam meningkatkan kecekapan pelajar dalam menentukan isipadu janaan. Kumpulan sasaran kajian ini ialah 15 orang pelajar Program Satu Tahun dari Modul 1, tutoran S1T7 Semester Dua Sesi 2020/2021 di Kolej Matrikulasi Kedah. Kajian tindakan ini berasaskan Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988). Tinjauan awal dilaksanakan untuk mengenal pasti masalah pelajar dalam penentuan isipadu janaan. Kaedah yang digunakan untuk tinjauan awal adalah pemerhatian langkah penyelesaian soalan tutorial dan temubual dengan pelajar serta soal selidik. Aktiviti-aktiviti intervensi yang dijalankan adalah ujian pra untuk mengenal pasti pelajar yang perlu diberi lebih perhatian iaitu sampel kajian tindakan ini. Seterusnya pengkaji melaksanakan PdPc dengan menggunakan GeoGebra dalam topik Pengamiran mengenai penentuan isipadu janaan.  Pelajar-pelajar didapati lebih bersemangat dan yakin dalam pembelajaran dengan menggunakan perisian sumber terbuka GeoGebra. Suasana pembelajaran yang interaktif dan ceria dapat diwujudkan. Selain itu, PdPc dengan menggunakan teknologi dapat meningkatkan minat pelajar-pelajar yang celik teknologi dalam alam pembelajaran digital. Hasil kajian menunjukkan pengajaran dan pembelajaran dengan berpandukan GeoGebra 3D kalkulator ini dapat meningkatkan kecekapan pelajar dalam penentuan isipadu janaan. 100% pelajar mendapat tahap prestasi cemerlang dan kepujian dalam ujian pos. PdPc dengan menggunakan perisian sumber terbuka GeoGebra ini boleh diperkenalkan kepada pensyarah-pensyarah Matematik memandangkan keberkesanan GeoGebra dalam pengajaran dan pembelajaran.

 

Kata Kunci: GeoGebra, Matematik SM025, isipadu janaan, pembelajaran Digital, Kolej Matrikulasi Kedah.

 

 

 

 

Downloads

Published

2021-10-02

Issue

Section

Teaching and Learning