Pembangunan Kaedah Mnemonik Dan Teknik 4q In 1c Dalam Meningkatkan Kefahaman Pelajar Dalam Sub Topik Krebs Cycle
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar bagi sub topik Kreb’s Cycle dalam kursus SB025 Biologi program matrikulasi dengan menggunakan kaedah mnemonik yang diintegrasikan bersama dengan teknik 4Q in 1C, seterusnya mampu meninggikan kebolehupayaan pelajar dalam menjawab soalan yang kebiasaannya berbentuk analisis dan sintesis bagi subtopik tersebut. Kaedah mnemonik merupakan satu kaedah untuk membantu memori menyimpan maklumat atau informasi yang telah dipelajari. Teknik 4Q in 1C merujuk kepada Four Quadrants in 1 Circle membantu pelajar membina pemetaan secara visual langkah-langkah dan substrat-substrat yang terlibat dalam Kreb’s cycle. Seramai 45 orang pelajar dari tutoran B3T1, B3T4 dan B3T5 yang merupakan pelajar Modul Tiga program matrikulasi di Kolej Matrikulasi Kedah yang mempamerkan pencapaian rendah telah dipilih dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dibuat melalui kaedah pemerhatian,penyoalan lisan, kuiz dan temubual secara bersemuka terhadap pelajar. Hasil tinjauan menunjukkan hampir semua pelajar tidak dapat menguasai isi kandungan pelajaran sub topik Kreb’s Cycle dengan baik. Keputusan ujian pra menunjukan pelajar ke semua pelajar lulus tetapi dengan hanya mendapat gred C sahaja. Walaubagaimanapun, keputusan ujian pos menunjukkan ke semua pelajar berjaya mendapat mendapat markah 90% ke atas. Konklusi daripada data yang diperoleh, kajian telah berjaya membuktikan bahawa penggunaan kaedah mnemonik dan teknik 4Q in 1C amat berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Biologi yang melibatkan fakta yang padat dan bersifat abstrak.
Kata kunci: Kreb’s Cycle, Mnemonik, 4Q in 1C, Pengajaran dan Pembelajaran
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS