BBL-Phyeasycs Mengubah Persepsi dan Sikap Pelajar Terhadap Fizik
Abstract
Abstrak: Kebosanan dalam mempelajari Fizik membentuk persepsi dan sikap negatif yang boleh mempengaruhi pencapaian Fizik pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengubah persepsi pelajar terhadap subjek Fizik seterusnya meningkatkan pencapaian Fizik mereka. Tinjauan awal terhadap pelajar daripada kelas K2S3 dilaksanakan melalui pemerhatian dan temubual mendapati terdapat seorang pelajar yang menunjukkan persepsi dan sikap negatif yang ketara terhadap subjek Fizik. Pelajar ini merupakan pelajar yang mendapat keputusan C dalam peperiksaan SPM dan C+ dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi 1 (PSPM 1). Sikap dan persepsi yang ditunjukkan oleh pelajar sasaran terhadap subjek Fizik amat membimbangkan. Bercita-cita menjadi seorang guru Pendidikan Jasmani pelajar sasaran ini menjelaskan tidak memerlukan subjek Fizik sebagai keutamaan dalam belajar. Pendekatan pengajaran secara Brain Based Learning dalam pembelajaran Fizik (BBL-Phyeasycs) digunakan dalam usaha untuk mengubah persepsi dan sikap pelajar tersebut terhadap Fizik. Pelajar sasaran melalui sesi pembelajaran dan ulangkaji secara one to one dan berkala menggunakan intervensi BBL-Phyeasycs. Melalui pendekatan BBL-Phyeasycs, pelajar sasaran berjaya mendapat B+ dalam PSPM 2 dan menjadi lebih positif dalam menentukan matlamat kerjaya. Pelajar sasaran juga lebih berkeyakinan diri dan berjaya menempatkan diri di universiti tempatan dan mengikuti kursus Pengurusan Projek. Pendekatan BBL-Phyeasycs berjaya membentuk persepsi dan sikap yang positif dalam kalangan pelajar seterusnya dapat meningkatkan tahap pencapaian dalam subjek Fizik.
Kata kunci : BBL, Physics, Fizik, sikap dan persepsi.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS