KERTAS KONSEP: MINAT, MOTIVASI DAN PENERIMAAN PELAJAR-PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SECARA DALAM TALIAN (PDPT) YANG DILAKSANAKAN SEPANJANG PANDEMIK COVID 19.
Abstract
Abstrak
Tujuan kertas ini adalah untuk membincangkan di peringkat konsep tentang minat, motivasi dan penerimaan pelajar-pelajar politeknik terhadap pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian (PdPT) yang dilaksanakan sepanjang pandemik Covid 19. Kertas ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif induktif dengan membuat semakan literatur secara kritikal dan membincangkan hubungkait antara minat dan motivasi dengan penerimaan berdasarkan Theory of Acceptance Model (TAM) yang diperkenalkan oleh Fred Davis pada tahun 1986. Pembolehubah utama yang digunakan dalam model ini ialah tanggapan terhadap faedah penggunaan (perceive usefulness) dan kemudahan penggunaan (perceive ease of use). Melalui kajian literatur yang dilakukan ternyata kebanyakan penyelidik terdahulu lebih tertumpu kepada hubungan antara sikap dan penerimaan pelajar terhadap teknologi. Namun penyelidik merasakan faktor minat dan motivasi turut mempengaruhi penerimaan pelajar terhadap PdPT. Maka, kertas konsep ini cuba mengupas betapa pentingnya minat dan motivasi pelajar itu didorong sebaik mungkin supaya sikap mereka terhadap pembelajaran atas talian dapat diubah.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS