MENGHASILKAN BATU BLOK DENGAN MENAMBAH KULIT KERANG SEBAGAI BAHAN TAMBAH
Abstract
Blok digunakan dalam pembinaan bangunan yang lebih rendah dan tujuan lain kerana ia mempunyai harga yang lebih rendah. Kajian ini memberi banyak manfaat, terutama untuk menentukan kekuatan mampatan blok yang telah ditambah dengan campuran kulit kerang, dan mengkaji kesesuaian nisbah campuran bahan tambahan dalam campuran blok. Idea untuk membuat kajian ini kerana didapati blok biasa hanya digunakan untuk pembinaan kos rendah kerana mempunyai kekuatan mampatan yang rendah. Oleh itu, keputusan itu diambil untuk memilih dan mengkaji semula penggunaan kulit kerang sebagai sebahagian kecil daripada bahan tambahan dalam campuran blok dan juga untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar daripada pelupusan sisa-sisa kulit kerang. Keputusan dapat membuktikan bahawa penggunaan kulit kerang dalam bancuhan batu blok adalah berjaya dalam peratusan 20% iaitu dari segi kekuatan mampatan ia sama dengan kekuatan mampatan bagi blok kawalan 0%. Kemudian, ujian kadar resapan yang dijalankan adalah baik dengan yang ditetapkan menurut MS76:1972. Ini menunjukkan kadar resapan yang rendah jika dibandingkan dengan keperluan blok kejuruteraan biasa 0%. Oleh itu, perbandingan dibuat antara blok sedia ada dengan blok menyebabkan projek ini dan seterusnya, hasilnya adalah seperti yang disyorkan dalam objektif.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS