PENILAIAN PELAKSANAAN PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM MENGINTEGRASIKAN KBAT BERASASKAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan pengajaran guru Pendidikan Islam sekolah rendah menerusi pengintergrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) berasaskan KSSR. Kajian ini melibatkan guru-guru Pendidikan Islam di negeri Perak. Komponen berfikir aras tinggi seperti kemahiran banding beza, kemahiran menyusun urutan, kemahiran membuat ramalan, kemahiran membuat definasi dan kemahiran mencipta anologi yang di lihat dalam tiga komponen utama refleksi objektif iaitu refleksi kendiri, refleksi penetapan matlamat dan penilaian keberkesanan refleksi dipilih sebagai kerangka konseptual kajian. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif (melalui instrumen soal selidik). Kesemua instrumen pengutipan data ini dibina oleh pengkaji dengan pengubahsuaian daripada instrument KBAT Kementerian Pendidikan Malaysia dan pakar yang terlibat serta kandungannya disahkan oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan alfa Cronbach yang diperoleh adalah tinggi iaitu antara (0.82173). Seramai 402 orang guru Pendidikan Islam dipilih secara rawak mudah untuk menjawab instrumen soal selidik. Data kajian di analisis secara deskriptif menggunakan frenkuasi dan peratusan min. Secara keseluruhannya, hasil kajian penilaian pengajaran di dalam mengintergrasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) adalah berada pada tahap tinggi menerusi min bagi keseluruhan (4.43) dan berdasarkan komponen penilaian pengajaran yang terdiri daripada perancangan penilaian yang mencatatkan min (4.45), kandungan bahan penilaian yang mencatatkan min (4.44) dan proses penilaian yang mencatatkan min (4.40). Implikasi dan cadangan yang dikemukakan dapat memberi gambaran yang bermanfaat kepada kementerian, sekolah, guru dan masyarakat di dalam meningkatkan tahap pengajaran guru Pendidikan Islam berdasarkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) seperti yang dihasratkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.
Kata Kunci : Penilaian pengajaran, Guru Pendidikan Islam, KBAT
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS