Kit Pembelajaran Robot Articulated Menggunakan Iot Dan Pembuatan Additif
Abstract
Kit Pembelajaran merupakan satu kaedah inovatif yang dijadikan sebagai bahan bantu belajar di peringkat pengajian. Bahan ini diguna dan dilaksanakan oleh para pengajar untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan difahami oleh pelajar. Robot articulate menjadi pilihan sebagai kit pembelajaran dalam projek inovasi ini yang bertujuan memudahkan proses pembelajaran. Ini kerana robot articulate adalah robot yang mempunyai pergerakan lebih dari tiga paksi yang sering digunakan dalam industri pada masa kini. Seiring dengan peredaran masa yang menuju Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0), elemen Internet of Things (IoT) telah digunakan dalam projek ini dimana membabitkan peluasan internet melalui peranti seperti komputer dan telefon pintar yang membenarkan ia berkomunikasi sesama sendiri, boleh diperhatikan dan dikawal dari jauh. Augmented Reality (AR), yang membenarkan gabungan dunia nyata dan maya, merupakan salah satu teknologi terkini yang telah diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Walau bagaimanapun, jika dibandingkan dengan teknologi lain seperti multimedia dan pembelajaran atas talian, kajian tentang penggunaan AR dalam pendidikan masih diperingkat awal dan masih belum lagi diterapkan. Penambahan nilai pembuatan additif menggunakan pencetak 3 dimensi (3D Printer) di dalam membangunkan kit ini digunakan supaya ia selaras dengan matlamat projek ini untuk memupukkan elemen IR4.0 di dalam kit pembelajaran ini.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS