Kecenderungan, Penerimaan Dan Keberkesanan Penggunaan Aplikasi “Snake & Ladder game: Audit & Assurance” Bagi Subjek DPA5043-Audit Assurance Di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.
Abstract
Pengajaran dan pembelajaran adalah satu proses yang melibatkan aktiviti yang berkaitan dengan proses penyebaran dan penerimaan ilmu pengetahuan. Proses pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan turut melibatkan aktiviti refleksi diri semula oleh pelajar tentang pelajaran yang mereka perolehi ketika didalam kelas. Proses ini dapat mengenal pasti kelemahan mereka serta ianya juga dapat membantu mereka untuk lebih memahami dan menguasai sesuatu bidang ilmu. Aplikasi pembelajaran interaktif “Audit & Assurance: Snake & Ladder Game” merupakan satu aplikasi permainan yang membolehkan para pelajar melaksanakan proses refleksi diri didalam subjek “DPA 5043 Audit Assurance” dengan lebih baik dan berkesan. Adaptasi dari konsep permainan ular dan tangga daripada permainan papan popular kanak-kanak terdahulu, konsep permainan ini diolah semula dengan menerapkan pelbagai bentuk soalan-soalan didalam subjek “DPA 5043 Audit Assurance” bagi membolehkan pelajar melaksanakan proses ulangkaji didalam bentuk permainan. Aplikasi ini telah pun digunakan oleh sekumpulan pelajar semester 5 Diploma Akauntansi pada sesi Disember 2019 di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, dan hasil kajian menunjukkan bahawa 73.97% cenderung menggunakan aplikasi ini berbanding buku latihan, 74.87% menerima baik aplikasi ini, dan 79.77% merasakan penggunaan aplikasi ini sangat berkesan memabantu mereka lebih menguasai serta memahami subjek DPA5043 Audit Assurance dengan lebih baik.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS