eFILE Penyelaras Kursus

Authors

  • Siti Hawa Aziz
  • Nor Lian Bt Mohd Nordin
  • Zuliana Abdul Mutalib

Abstract

eFILE PENYELARAS KURSUS ini dibangunkan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran pensyarah dimana mereka boleh mendapatkan soalan penilaian berterusan melalui eFILE tersebut yang menggunakan aplikasi Google Drive. eFILE ini hanya boleh diakses oleh pensyarah Jabatan Matematik Sains dan Komputer, Politeknik Ungku Omar melalui pautan yang telah ditetapkan. Dengan adanya eFILE ini, pensyarah boleh memuatnaik soalan tersebut di CIDOS dan proses pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan dari mana sahaja dan pada bila-bila masa memandangkan eFILE ini boleh diakses dari mana sahaja dan pada sebarang masa. Ini amat membantu pensyarah terutama ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan yang lepas dimana pensyarah masih boleh mendapatkan soalan tanpa perlu ke pejabat. Hasil dari soal selidik, 94.6% pensyarah Jabatan Matematik Sains dan Komputer menggunakan eFILE PENYELARAS untuk mendapatkan soalan dan jawapan penilaian berterusan pada sesi Disember 2019 yang lepas. Dengan menggunakan sistem ini, ia amat memudahkan pensyarah dan melancarkan proses penilaian berterusan bagi kelas masing-masing. Ia juga menjimatkan masa pensyarah malah ia juga dapat menjimatkan penggunaan kertas kerana pensyarah tidak perlu mencetak soalan tersebut. Melalui soal selidik yang dijalankan, semua pensyarah bersetuju bahawa sistem eFILE ini perlu diteruskan pada semester akan datang. Sistem ini juga boleh dikomersialkan sebagai bank soalan untuk kegunaan politeknik seluruh Malaysia.

Downloads

Published

2021-07-14