Sistem Tempahan Atas Talian dan Aplikasi Mudah Alih “Sports Facilities Management System”

Authors

  • Fazilatul Haida Binti Hidzir
  • Mohd Kamal Bin Mat Desa
  • Mariappen a/l Gopalakrishnan

Abstract

Inovasi ini dibangunkan adalah untuk memudahkan pengurusan penempahan dan mengawal selia sistem tempahan fasiliti secara atas talian dan aplikasi mudah alih. Inovasi ini telah dibangunkan dan dilaksanakan oleh Jabatan Sukan Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK), Politeknik Seberang Perai dalam memberikan dan menambah baik perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar dan staf politeknik. Objektif sistem ini adalah untuk memudahkan pelajar dan staf untuk melihat kekosongan fasiliti yang ingin ditempah lebih cepat.  ini juga  dibangunkan  untuk memudahkan para pelajar dan staf untuk menempah fasiliti JSKK dengan lebih cepat, mudah dan di mana sahaja. Selain itu juga, objektif sistem ini adalah untuk menjimatkan penggunaan kertas oleh JSKK untuk mencetak borang penempahan fasiliti. Objektif yang seterusnya adalah untuk meringankan beban dan kekangan kekurangan staf JSKK untuk melayan pelanggan dalam menempah fasiliti dan kemudahan JSKK. Manakala penindihan masa rehat di antara pelajar dan staf JSKK semasa melayan penempahan juga dapat dielakkan selepas menggunakan sistem ini. Dan objektif yang tekini adalah untuk mengurangkan kontak secara lansung dengan pelanggan atas sebab pandemik covid19 yang telah melanda di negara kita. Sampel kajian dipilih adalah daripada pelajar yang telah menggunakan sistem lama dan sistem baru iaitu seramai 70-75 orang secara pendekatan kualitatif iaitu pemerhatian, borang kaji selidik dan catatan harian atau catatan lapangan. Perbandingan data sebelum dan selepas juga telah diambil untuk

melihat sejauh mana keberkesanan sistem ini dilaksanakan Hasil perbandingan mendapati bahawa pembangunan sistem ini telah menjawab kesemua objektif yang telah digariskan. Selain memberi impak yang berkesan kepada mutu perkhidmatan JSKK, ia membantu memberi nilai tambah dan mentransformasikan diri pelajar dan staf kepada yang lebih positif kepada medium IR 4.0. Walaubagaimanapon, beberapa cadangan penambahbaikan perlu diambil perhatian bagi memantapkan lagi sistem ini agar ia lebih efektif dan efisien kepada mutu perkhidmatan JSKK.

 

Downloads

Published

2021-07-14