Gummy Madu Kelulut

Authors

  • Mohd Razali Bin Hasam
  • Anida Binti Roslee
  • Dian Rosdiana Binti Buhari
  • Lokman Hakim Bin Mohamed
  • Nur Arissa Binti Mohd Shah

Abstract

Madu Kelulut mempunyai banyak khasiat yang tinggi terhadap kesihatan manusia tidak mengira peringkat umur sama ada dewasa ataupun kanak-kanak. Selain itu juga, Madu Kelulut mampu merangsang minda terutamanya golongan kanak-kanak yang sedang membesar namun cara pembungkusan dan persembahan produk yang sedia ada di pasaran kurang menarik perhatian oleh itu produk berasaskan madu kurang mendapat perhatian dalam kalangan pengguna. Kajian ini adalah berkaitan dengan persepsi pengguna terhadap potensi produk inovasi Gummy Madu Kelulut dari aspek ciri-ciri, pembungkusan dan penjenamaan. Kajian ini adalah untuk meninjau persepsi pengguna terhadap produk inovasi Gummy Madu Kelulut dalam pasaran. Oleh itu, dalam bahagian metodologi kajian ini, ianya menghuraikan metodologi dalam pengukuran ke atas fenomena yang menjadi tumpuan terhadap kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan tahap kualiti mencatat min kebolehpercayaan 0.850 dan bagi tahap pembungkusan yang diperolehi ialah 0.806 dan kebolehpercayaan yang terakhir ialah promosi ialah 0.7640. Nilai index bagi kebolehpercayaan atau alpha bagi ke semua item ialah 0.906.Secara keseluruhannya ketiga - tiga persepsi yang dikaji telah mendapat tindakbalas yang baik dan positif dari pengguna.

Downloads

Published

2021-07-31

Issue

Section

Social Science (Finance, Management, Accounting, Business, Humanities)