Menjimatkan Tenaga Dan Masa Membuang Sampah Menggunakan “Smart Pro Dustbin”

Authors

  • Muhd Nasae Bin Mahyuddin
  • Nuraffini Binti Mohd Rashidi
  • Nur Anisya Binti Roslan
  • Siti Nuriah Binti Malik

Abstract

Pemerhatian sikap masyarakat yang kurang peka dan sentiasa sambal lewa akan kebersihan kesihatan dan pencemaran sekeliling menyebabkan persekitaran menjadi kotor. Kajian ini meneroka reka bentuk beharu dan pengembangan tong sampah yang dahulu. Smart Pro Dustbin ini adalah tong sampah pintar yang dicipta untuk memudahkan tenaga masyarakat dalam menyelesaikan masalah sampah sarap seperti kertas, botol dank aca dengan menggunakan pengesan ultrasonik dan juga Arduino uno untuk menggerakkannya. Projek ini menggunakan tenaga elektrik sebagai penggerak utama. Produk ini terdiri daripada beberapa komponen seperti rangka besi, bateri, tayar, motor, pemacu motor, bateri, pengesan ultrasonik, pengesan infra merah, Arduino uno, bekas penyodok, bekas penyapu dan pp board. Smart Pro Dustbin ini adalah kajian produk baru dengan struktur reka bentuyk seperti kereta mainan.

Downloads

Published

2021-07-31