Smart Sweeper
Abstract
Keselamatan merupakan perkara utama yang perlu diberikan perhatian di bengkel. Maka kerja-kerja pembersihan bengkel selepas kerja amali perlulah dilakukan dengan teliti. Di bengkel pembinaan, paku dan skru yang berada atas lantai merupakan hazad kepada para pelajar dan pensyarah. Pelajar juga akan terus membuang semua baki bahan binaan kedalam tong sampah sedangkan paku yang masih elok boleh digunakan manakala paku dan skru yang telah rosak boleh dikumpulkan untuk kitar semula. Berdasarkan masalah ini Smart Sweeper telah dihasilkan dengan kerjasama anatara pensyarah dan para pelajar Diploma Teknologi Pembiaaan Kolej Vokasional Ampangan, Seremban. Smart Sweeper adalah produk inovasi yang membantu pengguna menyapu sambil mengasingkan bahan besi seperti paku dan skru dengan bahan bukan besi. Smart Sweeper dilengkapi dengan magnet N50 bagi menarik bahan besi dengan kuat. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 93 responden yang teridiri daripada pelajar, pensyarah dan rakan industri Program Teknologi Pembinaan. Analisis soal selidik menunjukkan peratus min faktor kefungsian adalah 92.50%, faktor keselamatan adalah 91.75%, faktor kitar semula adalah 85.00% dan faktor kebolehpasaran adalah 75.00%. Peratus min keseluruhan pula adalah 86.06% dan berada pada tahap yang baik. Berdasarkan dapatan soal selidik ini jelas menunjukkan bahawa Smart Sweeper dapat mencapai objektif yang disasarkan dan menjawab persoalan projek yang telah dinyatakan. Bagi menjamin mutu dan kualiti produk Smart Sweeper yang lebih baik telah menjalinkan NoU bersama dua rakan industri bagi mendapatkan khidmat nasihat dan perkongsian teknologi dalam menghasilkan Smart Sweeper. Usaha penambahbaikan akan sentiasa dilaksanakan bagi meningkatkan nilai komersial Smart Sweeper. Adalah diharapkan daripada produk Smart Sweeper dapat dikomersialkan dengan meluas dan dapat membantu memudahkan kerja-kerja pembersihan bengkel, mengurangkan hazad, mengurangkan pembaziran dan dapat meningkatkan amalan kitar semula dikalangan pelajar dan pensyarah.
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS