Smart Emergency Traffic Light
Abstract
Projek ini bertajuk ‘Smart Emergency Traffic Light’ yang dicipta untuk merekabentuk litar pada lampu isyarat bagi mengesan kenderaan kecemasan seperti ambulans. Projek ini bertujuan untuk memberi laluan kepada kenderaan kecemasan semasa melalui kawasan lampu isyarat bagi menggelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Secara tidak langsung, ia boleh menggurangkan kesesakkan lalu lintas di sekitar lampu isyarat. Projek yang kami bentangkan pada sem ini adalah bertajuk “Smart Emergency Traffic Light” yang telah dicipta untuk mereka bentuk satu litar yang dapat mengesan kenderaan kecemasan yang melalui kawasan lampu isyarat yang dibantu oleh 'sensor'. Memberi laluan kepada kenderaan kecemasan adalah amat penting bagi setiap pemadu untuk memberi keutamaan terhadap kenderaan kecemasan. Tujuan kami membuat projek adalah untuk mencadangkan satu alat pengesan yang boleh mengesan kenderaan kecemasan di setiap lampu isyarat dan terus bertukar menjadi warna hijau apabila kenderaan kecemasan datang dari arah tersebut. Sistem yang kami cipta iaitu “Smart Emergency Traffic Light” ini adalah berdasarkan Arduino mega sebagai pengawal mikrokontroler kerana fleksibiliti tinggi yang penting kepada setiap lampu isyarat. Sensor RFID rdm6300 dapat mengesan jarak antara kenderaan antara anggaran kira kira 500m.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS