Sistem Fertigasi dengan IOT bagi Penanaman di Kediaman
Abstract
Pembangunan Sistem Fertigasi dengan IOT merupakan satu sistem yang digunakan bagi kediaman yang mempunyai keluasan tanah yang terhad untuk bercucuk tanam. Masalah lain yang adalah kesukaran pengguna untuk meneruskan hobi jika melibatkan kerja yang memerlukan mereka berada di luar Kawasan. Kebimbangan untuk meninggalkan tanaman kesayangan adalah sangat tinggi kerana di khuatiri tanaman akan mati atau layu jika tidak di siram dalam satu jangka masa yang lama. Oleh itu, satu produk dan sistem telah dibangunkan dengan menggunakan penderia kelembapan, penderia isipadu air dan juga aplikasi Blynk. Metodologi pembangunan produk adalah dengan merekabentuk idea menggunakan perisian Inventor, membangunkan litar dan mewujudkan apps bagi memantau tahap kelembapan tanah dari jarak jauh. Kawalan sistem ini adalah secara automatik dimana jika penderia mengesan kekeringan tanah, tumbuhan akan di siram mengikut kadar keperluan air. Jika keadaan terlalu panas, pengguna boleh menyiram secara kerap kali dengan menekan butang yang disediakan pada aplikasi Blynk. Analisis telah dibuat keatas sistem menggunakan dua penderia tersebut. Keputusan juga dapat dilihat dari segi keberhasilan produk rekabentuk dan aplikasi sistem.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS