Rekabentuk Pembangunan Mesin Pemotong Rumput Dengan Kawalan Jaringan Internet
Abstract
Mesin pemotong rumput dengan jaringan internet ( IOT) merupakan satu kaedah pemesinan rumput maju masa kini. IGCWSPRE (Iot Grass Cutter With Solar Panel Renewable Energy) yang menekankan rekabentuk berasaskan sumber solar. Penyelidikan dijalankan ke atas projek ini bertujuan untuk mengenal pasti sistem pemotong rumput jimat tenaga. Pembangunan rekabentuk mesin ini adalah nilai tambah pada mesin pemotong rumput yang digerakan secara manual. Kajian keatas rekabentuk mesin pemotong ini menggunakan bahan beban ringan kerana profile aluminium adalah kerangka utama badan mesin.Penggunaan IOT diaplikasikan sebagai medan sistem alat kawalan jauh. Selain itu, kajian keatas penggunaan sistem solar dilihat mampu menggantikan penggunaan minyak petrol /gas sebahan sumber gerakkan mesin disamping mencegah berlakunya pencemaran alam sekitar. Justeru dengan adanya kajian terhadap produk mesin rumput iot ini, dapat menjadikan produk inovasi mesin pemotong berada dipasaran Malaysia satu hari nanti.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS