Bilik Persalinan Mudah Alih/ Portable Changing Room (PCR)
Abstract
Kegiatan rekreasi seperti berkelah dan bersukan menjadi kegemaran sebilangan masyarakat malaysia. Kebanyakan pusat rekreasi yang popular ada menyediakan kemudahan fasiliti seperti tandas, bilik persalinan dan surau untuk para pengunjung. Namun begitu, kemudahan seperti bilik persalinan agak terhad terutama di pusat rekreasi yang kerap dikunjungi dan sesak. Atas faktor keselamatan dan kebersihan tempat persalinan, satu inovasi telah dijalankan iaitu dengan merekacipta bilik persalinan mudahalih yang dinamakan sebagai ‘Portable Changing Room (PCR)’ menggunakan reja paip dan kanvas terpakai. Sebanyak 130 soalselidik telah diedarkan kepada responden yang menggunakan bilik ini, mereka terdiri daripada orang awam, pelajar sekolah dan pelajar politeknik. Data ini dianalisis menggunakan Microsoft excell 2013 menunjukkan PCR sangat berguna semasa melakukan aktiviti rekreasi di tempat terbuka dengan nilai purata min melebihi 3.00. Sebagai nilai tambah PCR ini bukan sahaja sesuai digunakan sebagai bilik persalinan, malah ia juga boleh dijadikan ruang solat jika perlu.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS