Penggunaan Easy Digger Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Bagi Kursus Ukur Kadaster, Program Diploma Geomatik Di Politeknik
Abstract
Kerja-kerja penandaan sempadan hakmilik merupakan salah satu bab yang penting dalam kursus ukur kadaster. Berdasarkan Peraturan Ukur Kadaster 2002 (PUK 2002), Terdapat kaedah dan cara tertentu penandaan sempadan hakmilik dengan batu konkrit. Semasa membuat kerja-kerja penandaan sempadan hakmilik, proses penggalian lubang batu sempadan perlu dilakukan satu-persatu untuk menaman batu sempadan tersebut. Proses penyediaan lubang batu sempadan hakmilik ini memakan masa yang agak lama untuk dilakukan oleh para pelajar dengan menggunakan penggali konversional. Malah, bentuk dan keadaan penggali konversional juga menyukarkan para pelajar untuk membawanya. Penggali konversional juga kelihatan kurang selamat kerana tidak bersarung. Apabila para pelajar membawanya untuk ke kawasan yang curam tambahan lagi ketika memanjat bukit atau kawasan tinggi, mata penggali konversional yang tajam terdedah kepada berlakunya kemalangan. Keadaan sedemikian dilihat telah membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) kursus berkenaan. Oleh yang demikian, kajian ini dibuat adalah bagi menghasilkan dan menguji keberkesanan satu alat penggali mudah alih, cepat dan selamat untuk penyediaan lubang batu sempadan yang dikenali sebagai “Easy Digger”. Bagi melihat sejauh mana keberkesanan alat yang dihasilkan, soal selidik diedarkan kepada 35 responden yang terdiri daripada pelajar, pensyarah dan juru ukur tanah berlesen (JTB). Soal selidik berkenaan dianalisa dengan menggunakan perisian SPSS versi 20. Hasil mendapati, 89% responden menyatakan tahap kepuasan terhadap keberkesanan produk inovasi tersebut pada skala yang tertinggi iatu sangat memuaskan dan 11% lagi pada skala memuaskan.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS