Pembangunan Tempat Penyimpanan Kunci dengan Rekod

Authors

  • Wan Nor Shela Ezwane binti Wan Jusoh
  • Muhamad Shahrul bin Hashim
  • Muhamad Syazanie bin Zaidi
  • Siti Nur Amirah binti Mohd Razali

Abstract

Pembangunan Tempat Penyimpanan Kunci dengan Rekod adalah satu projek yang di bangunkan berpunca daripada pemasalahan penyimpanan kunci di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Masalah utama adalah tempat penyimpanan kunci di jabatan adalah secara terbuka dan membolehkan sesiapa sahaja untuk mengambil kunci dan kadangkala pengguna yang mengambil lupa untuk merekodkan keluar masuk kunci menyebabkan masalah kepada pengguna seterusnya. Selain itu juga, sistem rekod adalah manual. Oleh sebab pemasalahan ini, satu inisiatif dengan objektif kajian telah di kemukakan. Antara objektifnya adalah membangunkan satu sistem penyimpanan kunci, sistem rekod pangkalan data dan penggunaan RFID sebagai akses pensyarah. Kajian literatur telah dijalankan keatas konsep, rekabentuk terdahulu dan juga sistem yang telah digunakan. Metodologi kajian menggunakan perisian Inventor untuk merekabentuk idea awal dengan dimensi, Perisian Arduino sebagai otak sistem dan juga pengantaramuka Visual Basic Excel bagi merekod data. Analisis telah dibuat keatas sistem menggunakan log masuk pengguna dengan RFID. Keputusan juga dapat dilihat dari segi keberhasilan produk rekabentuk dan aplikasi sistem.

Downloads

Published

2021-07-14