Magneto (Portable X-Ray Viewer Box with Magnification)
Abstract
“Key Performance Indicator” (KPI) merupakan salah satu matlamat yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai salah satu indikator untuk meningkatkan sistem penyampaian penjagaan kesihatan dan kepuasan pesakit. Salah satu KPI yang dipantau ialah masa menunggu pesakit mendapatkan rawatan tidak melebihi 30 minit. Dalam konteks ini, kumpulan kami, Infinite 8, telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan inovasi yang dinamakan Magneto (Portable X-Ray Viewer Box with Magnification). Projek ini merupakan inovasi pertama yang dihasilkan di Malaysia. Rasional penciptaan inovasi ini adalah disebabkan oleh masa rawatan dan menunggu pesakit yang panjang. Kebanyakan “x-ray viewer” di klinik pergigian kerajaan adalah terhad bilangannya dan statik. Jadi, ia tidak dapat digerakkan untuk kemudahan pegawai pergigian. Pesakit harus menunggu lama di kerusi untuk mendapat konsultasi. Di samping itu, kebanyakan pegawai pergigian juga menggunakan alternatif lain untuk melihat filem x-ray melalui cahaya lampu siling atau cahaya matahari. Cara ini merupakan kaedah yang salah untuk dan seterusnya mengakibatkan diagnosis yang tidak tepat, dan akhirnya mengaibatkan pelan rawatan yang tidak betul.Dengan Magneto, filem x-ray dapat dilihat, dianalisis dan ditafsirkan dengan lebih cepat, bila-bila masa dan di mana-mana sahaja kerana ia mudah alih. Fungsi kawalan intensiti cahaya dan pembesaran imej melalui kanta pembesar memberikan imej yang lebih jelas dan baik. Ini boleh menyebabkan diagnosis dan pelan rawatan yang lebih tepat disampaikan. Justeru, inovasi ini dapat membantu memendekkan masa rawatan dan menunggu pesakit dan membantu mencapai KPI yang ditetapkan.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS