Magic Wooden Folding Table

Authors

  • Siti Hajar Muhd Ariff Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Bharu, Kelantan 16450 Ketereh, Kelantan Darul Naim
  • Maizatul Aisya Ab Halim
  • Nur Fatin Syafiqah Mazani
  • Nur Anis Ayunie Kamarudin
  • Nurul Anisah Idzuwan

Abstract

Negara Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula pada 18 Mac 2020 yang meliputi semua aspek temasuk larangan keluar negara dan juga penutupan sektor ekonomi sama ada kerajaan dan juga swasta. Sektor pendidikan juga terpaksa ditutup termasuk Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) swasta dan juga awam. Oleh itu, pelajar digalakkan untuk belajar secara atas talian. Tetapi, pelajar telah menghadapi masalah kerana tidak mempunyai kemudahan yang sesuai untuk melaksanakan pembelajaran secara atas talian. Jadi, meja mudah alih atau Magic Wooden Folding Table ini dicipta dengan pelbagai fungsi yang menarik. Selain itu, produk ini dicipta untuk memudahkan pelajar belajar mengikut keselesaan masing-masing. Bukan itu sahaja, meja mudah alih ini menyediakan ruang untuk meletakkan komputer riba, nota, tetikus, peralatan alat tulis dan juga air minuman. Hal ini dapat memudahkan pelajar untuk menjalani sesi pembelajaran secara atas talian. Magic Wooden Folding Table ini diperbuat daripada kayu yang berkualiti tinggi iaitu kayu merawan. Di samping itu, meja mudah alih ini juga bersaiz mini untuk memudahkan pelajar membawanya ke mana-mana sahaja. Selain itu, meja ini dicipta untuk mengurangkan rasa sakit belakang pelajar ketika berlangsungnya kelas atas talian dan pelajar tidak perlu duduk di atas kerusi dalam jangka masa tertentu. Kesimpulannya, meja ini selamat digunakan dan dapat membantu pelajar untuk belajar dalam keadaan yang selesa ketika kelas secara atas talian.

Downloads

Published

2021-07-14