KAJIAN PERSEPSI TERHADAP KREDIBILITI JURULATIH LUAR DI DALAM PROSES (P&P) DI POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. (SATU ANALISA KE ATAS PARA PELAJAR YANG MENGAMBIL UNIT BERUNIFORM ASKAR WATANIAH SESI DISEMBER 2015)
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat sejauh mana persepsi anggota yang mengambil kokurikulum badan beruniform “Askar Wataniah†terhadap kredibiliti jurulatih luar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi sesi disember 2015. Ianya dilihat dari beberapa aspek tertentu seperti kebolehpercayaan terhadap jurulatih, tanggapan terhadap kompentensi jurulatih, dinamisme jurulatih dan perlakuan semasa jurulatih. Kajian ini telah dijalankan di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) dan seramai 144 orang anggota yang terdiri daripada pelajar – pelajar yang menyertai badan beruniform askar wataniah telah dipilih sebagai sample. Data-data yang didapati, diproses dan dianalisa dengan menggunakan ‘Statistical Package for Social Sciences’ (SPSS). Setiap bentuk item dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Terdapat juga analisis yang dilakukan secara manual. Setiap analisis yang dipersembahkan adalah dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Kajian ini telah menggunakan soalselidik yang mengadungi 2 bahagian utama iaitu bahagian demografi yang mengadungi empat soalan dan juga bahagian kedua yang mengandungi 33 soalan terdiri daripada pembolehubah bebas merangkumi dimensi kebolehpercayaan terhadap jurulatih, kompetensi jurulatih, dinamisme jurulatih dan perlakuan semasa jurulatih ketika perlaksanaan proses P&P dijalankan. Soalan-soalan ini dibina berdasarkan kepada petikan-petikan daripada Haskin (2000). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa secara purata kesemua item pembolehubah bebas adalah melebihi nilai 3.3 dan ini menunjukkan bahawa kredibiliti juralatih luar adalah tinggi pada persepsi pelajar.Downloads
Published
2016-06-20
Issue
Section
Social Science (Finance, Management, Accounting, Business, Humanities)
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS