IOT Multisensor Protection System Device

Authors

  • Shah Erawati Mokhtar
  • Muhammad Haikal Hamdi
  • Saiful Adli Yusoff

Abstract

‘IOT Multisensor Protection System Device’ ini diinspirasikan daripada pemerhatian terhadap kaedah manual yang digunakan untuk proses mengesan gas akibat daripada kebocoran asap yang terdedah oleh pelajar yang menghisap rokok dan kebakaran api kecil yang disebabkan litar pintas di sekitar Politeknik Sultan Azlan Shah. Projek ini dihasilkan bagi mengambil langkah keselamatan awal untuk mengetahui kebocoran gas di bengkel, kebakaran besar yang berpunca dari ‘Distribution box’. Selain itu ia bertujuan  mengesan pelajar yang membuat kesalahan merokok didalam tandas pelajar lelaki di Politeknik. Projek ini menggunakan konsep ‘IOT’ dimana ia menggunakan aplikasi pengesan ‘sensor’ iaitu ‘Flame Sensor’, ‘Gas Sensor’ dan ‘Smoke Sensor’ untuk mengesan kebocoran gas, kebakaran awal dan mengesan asap rokok. Penggunaan alat ini hanya difokuskan kepada pengguna Android sahaja menerusi aplikasi Blynk. Penggunaan alat ini direka pada skala jarak dekat iaitu tidak melebihi 3 meter sehingga 50 meter. Penggunaan ‘gas sensor’ difokuskan hanya di tandas pelajar lelaki. Penghasilan projek “IOT Multisensor Protection System Device” adalah dengan menggunakan Node MCU sebagai Microcontroller untuk membenarkan isyarat wifi digunakan dan menjadi perantaraan Microcontroller dengan telefon pintar menerusi aplikasi “Blynk”. Hasilnya, keseluruhan projek ini berjaya dihasilkan dengan memudahkan pensyarah untuk mengesan kebakaran daripada litar pintas di ‘Distribution Box’ (DB) dan asap rokok di tandas pelajar lelaki melalui telefon pintar. Berdasarkan keputusan ini, hasil analisa dan perbincangan yang telah dijalankan, dapat dirumuskan bahawa sistem yang dibangunkan ini telah mencapai objektif yang telah dibincangkan.

Downloads

Published

2021-07-14