KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN COCONUT CLIMBING TOOL

  • SITI ARFAH HASHIM -

Abstract

KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN COCONUT CLIMBING TOOL

 Siti Arfah Binti Hashim, Mohd Yahya Bin Saad, Ts Dr Kamsidi @ Abd. Malek Bin Sidek

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

 

Abstrak: Coconut Climbing Tool (CCT), merupakan satu inovasi baru untuk memudahkan kerja memanjat dan memetik buah kelapa.  Kegunaan CCT ini khususnya untuk pokok kelapa berdiameter 90-150 cm dan berat badan pengguna dalam lingkungan 45-85 kg. Ianya dihasilkan daripada bahan yang berasaskan besi, kabel keluli dan getah terpakai. CCT ini mempunyai empat komponen asas dan cara penyambungannya melalui kaedah kimpalan arka. Kelebihan CCT ini dapat meningkatkan produktiviti dalam memetik buah kelapa dan mempunyai faktor keselamatan kepada pengguna dengan penggunaan abah-abah keselamatan. Objektif utama kajian ini adalah untuk menghasilkan sebuah alat iaitu Coconut Climbing Tool dan menguji kebolehlaksanaan alat untuk memanjat pokok kelapa dengan mempunyai faktor keselamatan kepada pengguna. Mengenalpasti masalah yang mungkin timbul dan juga memberi cadangan kaedah terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul. Skop kajian ini meliputi pada keberkesanan serta kaedah soal selidik yang dilakukan bagi memastikan CCT yang direka mengikut kriteria yang ditetapkan iaitu praktikal serta dapat digunakan untuk memanjat pokok kelapa. Kajian ini juga merangkumi kajian literatur, penggumpulan maklumat dari soal selidik, pemerhatian, penganalisaan maklumat yang diperolehi dan akhir sekali penulisan laporan kajian.  Inovasi alat CCT ini telah memasuki dan meraih pelbagai pingat di pertandingan inovasi yang dianjurkan di peringkat Kebangsaan dan juga Antarabangsa. Diharap CCT ini berpotensi besar untuk dikomersialkan kepada pekebun-pekebun buah kelapa dan juga boleh diperluaskan kepada pengguna persendirian.

Kata Kunci: Coconut Climbing Tool, pokok kelapa, kajian keberkesanan

 

Published
2020-12-15
Section
Engineering (Civil, Electrical,Mechanical)