KAJIAN PERSEPSI TERHADAP KURSUS KEUSAHAWANAN (DPB 2012) DI KALANGAN GRADUAN POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH
Abstrak
Abstract
Dalam sistem Politeknik, pendidikan keusahawanan telah dilaksanakan untuk memupuk semangat keusahawanan dalam diri graduan bagi melahirkan seramai mungkin usahawan . Berdasarkan keperluan, kajian dijalankan di kalangan graduan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) yang menawarkan Kursus Keusahawanan (DPB 2012). Kajian ini bertujuan meninjau persepsi lulusan Politeknik terhadap Kursus Keusahawanan (DPB 2012) yang telah mereka ikuti. Responden terdiri daripada 677 pelajar graduan politeknik dari tahun 2017 hingga 2019 yang telah menamatkan pengajian mereka di peringkat diploma di Jabatan Perdagangan. Borang soal selidik diedarkan untuk mendapatkan maklumat dan program SPSS 15.0 for Windows digunakan bagi menganalisis data yang diperolehi. Kaedah kuantitatif telah digunakan bagi mencapai objektif kajian yang telah ditentukan. Hasil kajian mendapati semua reponden mempunyai persepsi yang positif terhadap faedah yang mereka perolehi selepas mengikuti kursus Keusahawanan (DPB 2012). Begitu juga persepsi responden terhadap pemilikan kompetensi keusahawanan di dalam diri mereka juga adalah sangat tinggi bagi 8 kompetensi keusahawanan. Manakala 4 kompetensi berada pada tahap tinggi. Dan daripada kajian ini, didapati punca kurangnya lulusan Politeknik menceburkan diri dalam bidang keusahawanan adalah kerana kurangnya kompetensi lulusan dalam melihat dan merebut peluang keusahawanan.
POLIMAS