KAJIAN TAHAP KESEDIAAN PRAKTIS PENGURUSAN LEAN DALAM PENGAJIAN SEPARUH MASA DIKALANGAN PENSYARAH TVET

Mazita Binti Mat Ali

  • Mazita Mat Ali universiti utara malaysia

Abstract

Dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, Institusi pendidikan di Malaysia khususnya, perlu membawa suatu perubahan yang mampu memberi kesan kepada dunia pendidikan terutamanya di abad 21 ini. Pelaksanaan pengurusan lean ini juga turut menarik minat sektor pendidikan untuk menerima manfaat daripada pelaksanaannya. kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kesediaan praktis pengurusan Lean dalam pengajian separuh masa di kalangan pensyarah TVET khususnya politeknik dan kolej Komuniti Malaysia.Seramai 52 responden telah terbabit dalam kajian ini. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang mengandungi 1 soalan demografi dan 6 item menggunakan Skala Likert. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 21.0 Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan praktis pengurusan lean adalah di tahap tinggi iaitu 4.01 (kerap). Kesemua item bagi dimensi pengetahuan, sikap dan pengurusan organisasi adalah berada pada tahap kekerapan tinggi iaitu melebihi 3.90 ke atas.Secara keseluruhannya, menerusi kajian dan analisa yang telah dilaksanakan jelas menunjukkan bahawa tahap kesediaan pensyarah yang sedang menyambung pengajian cenderung untuk menggunakan pendekatan pengurusan lean sebagai tool untuk mengurus selia kerja dan pengajian separuh masa. Kesediaan pengetahuan dan sikap dalam aplikasi pengurusan Lean ini, diharapkan mampu untuk memperkasakan institusi pendidikan melalui objektif strategik KPI yang telah dilaksanakan di peringkat institusi politeknik dan kolej Komuniti.

Published
2020-12-15
Section
Social Science (Finance, Management, Accounting, Business, Humanities)