PEMBANGUNAN MESIN ACUAN SUNTIKAN MENEGAK BAGI BAHAN LILIN

  • Nor Mahani Md Rasidi Centre of Engineering Education Research,Department of Mechanical and Materials Engineering,Faculty of Engineering and Environment,Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Hairol Mizzam Haris
  • Zulkifli Hamzah

Abstract

Pengacuan suntikan merupakan salah satu proses dalam penghasilan produk berasaskan plastik. Proses ini bukan sahaja digunakan dalam industri pembuatan produk malah dijadikan sebagai topik pengajaran bagi kursus amali dan bengkel. Keperluan alatan bengkel seperti mesin pengacuan suntikan amat penting terutama dalam kursus DJC3032 Plastic Workshop Practice yang ditawarkan kepada pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik) di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS). Mesin suntikan sedia ada memerlukan pengendali yang berkompetensi serta memerlukan penyelenggaraan yang tinggi bagi sesuatu proses. Tempoh masa penyelenggaraan yang lama serta ketidakcekapan pengendalian mengakibatkan kerosakan pada mesin dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, alat Wax Vertical Injection Moulding telah direka bentuk bagi melaksanakan proses pengacuan suntikan bagi bahan jenis lilin secara menegak. Dimensi reka bentuk alat adalah 408mm(P) x 408mm(L) x 801mm (T). Alat ini juga merangkumi pemegang (625mm(P) x 21mm(L); hopper (110mm(T) x 19mm(Ꝋ); plunger (375mm(P) x 10mm(Ꝋ); barrel (285mm(P) x 5mm(Ꝋ); nozel (82mm (P)x5mm(Ꝋ); gelung pemanas berkuasa 350 watt; dan sistem kawalan suhu dan tempoh masa.  Sistem pengendalian alat adalah secara manual di mana gelung pemanas akan mencairkan bahan lilin yang terdapat pada bahagian barrel dan disuntik melalui nozel ke dalam acuan. Dengan adanya alat ini ia dapat meningkatkan tahap kefahaman mengenai teori dan prinsip kerja proses pengacuan suntikan sebelum pengendalian mesin sebenar dilaksanakan. Selain itu, alat ini juga boleh dijadikan sebagai alat bantu mengajar proses pengacuan suntikan dalam kursus amali dan bengkel.

 

Author Biographies

Mohd Hairol Mizzam Haris

 

 

 

Zulkifli Hamzah

 

 

Published
2020-12-15
Section
Engineering (Civil, Electrical,Mechanical)