TINGKAH LAKU ASERTIF DAN TAHAP KEPUASAN BEKERJA DALAM KALANGAN KAKITANGAN INSTITUSI ZAKAT DI MALAYSIA

  • MUHSIN BIN NOR PAIZIN PAIZIN PUSAT PUNGUTAN ZAKAT (PPZ-MAIWP)

Abstract

Kajian ini merupakan kajian tentang Tingkah Laku Asertif dan hubungannya dengan Kualiti Kehidupan Bekerja (KKB) dalam kalangan kakitangan institusi zakat di Malaysia. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap asertif dan tahap kualiti kehidupan bekerja (KKB) dan mengkaji hubungan antara tingkah laku asertif dengan KKB dan dimensi-dimensi KKB. Data-data telah diperolehi daripada 108 orang kakitangan melalui borang soal-selidik. Borang soal-selidik yang dibina adalah berdasarkan lapan dimensi KKB yang dicadangkan oleh Walton (1973) Hasil kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhan tahap tingkah laku asertif dan Kualiti Kehidupan Bekerja (KKB) adalah pada tahap yang sederhana. Secara keseluruhan, didapati Tingkah Laku Asertif mempunyai hubungan yang signifikan dengan KKB di mana nilai r bagi hipotesis ini adalah 0.567 manakala nilai p = 0.000. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa hanya terdapat empat dimensi KKB sahaja daripada lapan dimensi yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan Tingkah Laku Asertif iaitu pertama, pampasan yang mencukupi dan adil di mana ia mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkah laku asertif dengan nilai korelasi pearson r = 0.387 serta signifikan pada aras p= 0.002. Kedua, peluang kemajuan kerjaya untuk masa hadapan dan sekuriti kerja pula mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkahlaku asertif pada aras p = 0.000 dengan nilai korelasi r = 0.567. Ketiga, hak pekerja dengan nilai kolerasi pearson r = 0.212 dan p = 0.037. Manakala keempat, kehidupan bekerja berkait dengan kepentingan sosial dengan nilai kolerasi pearsonĀ  r = 0.226 dengan nilai p = 0.025.

Published
2020-12-15
Section
Social Science (Finance, Management, Accounting, Business, Humanities)