PENGGUNAAN INTERNET DI DALAM MEMPERTINGKATKAN PROSES PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) DALAM KALANGAN PELAJAR JABATAN PERDAGANGAN, POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

Kata Kunci: Pakej Statistik untuk Sains Sosial versi 23.0 (SPSS), persepsi di kalangan pelajar.

  • Azzamurni Mohtar Mss
  • Aini Hazrin Binti Ahmad Anuar

Abstract

Abstrak : Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan internet dalam mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kalangan pelajar di Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS). Seramai 53 orang pelajar telah dipilih secara rawak sebagai responden dalam kajian ini. Satu set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Kajian ini dibuat untuk mengetahui persepsi penggunaan internet dalam P&P, tahap penggunaan internet, bentuk atau aplikasi internet, dan masalah yang dihadapi ketika menggunakan internet dalam proses P&P. Data kajian yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan ‘Statistical Package for the Social Science version 23.0’ (SPSS) yang dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar mengenai penggunaan internet dalam P&P adalah positif dengan nilai min yang tinggi  namun tahap penggunaan internet dalam P&P adalah berada pada tahap yang sedehana. Selain itu, bentuk penggunaan internet yang sering digunakan dalam P&P adalah memuat naik (upload) bahan pembelajaran contohnya nota. Manakala masalah yang sering dihadapi oleh pelajar ketika menggunakan internet dalam proses P&P adalah masalah pengurusan masa dan masalah talian internet.

Published
2020-10-01
Section
Teaching and Learning