Pelaksanaan Kokurikulum Berkredit Pengakap Kelanasiswa (KLKM) ke Arah Penganugerahan Anugerah Baden-Powell (BPA) di Politeknik Malaysia

Authors

  • Yusni Bin Mohamad Yusak

Abstract

Anugerah Baden-Powell (BPA) merupakan pengiktirafan tertinggi yang dianugerahkan kepada seorang ahli Pengakap Kelana. Pencapaian tersebut merupakan kemuncak kepada usaha berterusan seorang ahli Pengakap Kelana dalam dunia kepengakapan melewati umur remaja ke arah membentuk jati diri dan personaliti sebelum menjadi seorang pemimpin. Pelaksanaan kokurikulum berkredit Pengakap Kelansiswa (KLKM) di Politeknik Malaysia dirancang dengan teratur, sistematik dan memberikan impak melahirkan seorang Kelana yang mencapai BPA dan diiktiraf di peringkat antarabangsa melalui kepengakapan. Penjajaran kandungan kokurikulum berkredit Pengakap Kelanasiswa dengan kandungan Skim Latihan Pengakap Kelana telah memungkinkan Anugerah BPA dapat dicapai pelajar dalam tempoh yang telah ditetapkan.

 

Kata kunci: Pengakap Kelanasiswa, KLKM, Anugerah Baden-Powell

Downloads

Published

2019-12-14

Issue

Section

Sports and Co-curriculum