Tinjauan Terhadap Keberkesanan Aktiviti “Awareness of Energy Efficiency” Bagi Menerapkan Kemahiran Generik Dalam Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kecekapan Tenaga) di Politeknik Port Dickson
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membuat tinjauan terhadap keberkesanan aktiviti “Awareness of Energy Efficiency” bagi menerapkan kemahiran generik dalam kalangan pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kecekapan Tenaga), DEQ di Politeknik Port Dickson. DEQ adalah program baharu yang telah dilaksanakan selama dua tahun bermula sesi Jun 2017. Aktiviti “Awareness of Energy Efficiency” adalah satu aktiviti yang dijalankan bagi memenuhi “Key Performance Indicator” (KPI) politeknik dalam memenuhi jam pertemuan bersama Pensyarah Pelawat Industri (PPI). Aktiviti PPI dijalankan pada sesi Disember 2017. Seramai 117 orang pelajar DEQ semester 2 pada sesi Disember 2017 telah menyertai aktiviti PPI dan di ambil sebagai responden. Instrumen kajian adalah berbentuk soal selidik dengan menggunakan skala Likert berskala 1 hingga 4 iaitu dari lemah hingga sangat baik dan mempunyai 10 item. Soal selidik ini dibangunkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan dianalisis dengan menggunakan ”Statistical Package for the Social Sciences” (SPSS) versi 19.0. Kajian ini dianalisis dengan menggunakan kaedah purata min dan perbandingan di antara purata min sebelum dan setelah aktiviti dilaksanakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa semua item berada pada skala sangat baik dan berlakunya peningkatan setelah aktiviti dijalankan. Ini menunjukkan bahawa aktiviti “Awareness of Energy Efficiency” telah berkesan dalam memberi kesedaran tentang kepentingan amalan kecekapan tenaga sekaligus menerapkan kemahiran generik bagi mempersiapkan diri pelajar bagi menghadapi alam pekerjaan.
Kata kunci: Kecekapan Tenaga, PPI, DEQ
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS