Volleyball Spike Training Aids (VOSTA 19)

Authors

  • Khairul Nazry Bin Talib
  • Mohd Jauhari bin Hati @ Mohd Hadi
  • Mohd Noraizul Fadli bin Abu Bakar

Abstract

Rejaman (Spike) merupakan salah satu kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh semua pemain bola tampar. Latihan yang intensif diperlukan bagi memantapkan pemain dengan kemahiran rejaman tersebut. VOSTA  19 merupakan satu alat bantu latihan bagi aktiviti rejaman semasa latihan bola tampar dijalankan. Alat bantu latihan ini tidak memerlukan bekalan kuasa elektrik dan motor tetapi ianya menggunakan kuasa graviti (G-force).  Alat bantu latihan ini dibangunkan bagi memudahkan dan memberi ketepatan kepada pemain serta jurulatih ketika latihan dijalankan. Alat bantu latihan ini mesra pengguna di mana ianya mudah alih, mudah disimpan dan dibawa kemana-mana. Hasil analisa dari penggunaan VOSTA 19  dibandingkan dengan  kaedah manual terdapat perbezaan yang ketara dari segi masa.  Di mana dalam tempoh 120 saat penggunaan VOSTA19 boleh menghasilkan 32 kali rejaman berbanding 20 kali rejaman bagi kaedah manual. Penggunaan alat bantu latihan ini dapat memberi koordinasi di antara tangan dan bola bagi mendapatkan rejaman yang baik. Latihan rejaman yang sistematik dan konsisten dapat melahirkan pemain yang memiliki kemahiran rejaman seterusnya dapat meningkatkan prestasi atlet.

 

Kata kunci: Rejaman (Spike), kuasa graviti (G-Force), alat bantu latihan. 

Downloads

Published

2019-12-14

Issue

Section

Sports and Co-curriculum