Tinjauan Terhadap Tahap Pengetahuan Kecekapan Tenaga dan Amalan Penjimatan Tenaga Dalam Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kecekapan Tenaga) di Politeknik Port Dickson
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membuat tinjauan terhadap tahap pengetahuan kecekapan tenaga dan amalan penjimatan tenaga dalam kalangan pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kecekapan Tenaga) di Politeknik Port Dickson. Program Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kecekapan Tenaga) atau DEQ adalah program baharu yang telah dilaksanakan selama dua tahun bermula sesi Jun 2017. Seramai 45 orang pelajar DEQ semester 4 pada sesi Disember 2018 di ambil sebagai responden. Instrumen kajian adalah berbentuk soal selidik dengan menggunakan skala Likert berskala 1 hingga 5 iaitu dari sangat tidak setuju hingga sangat setuju. Soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Kajian ini dianalisis dengan menggunakan kaedah kekerapan, purata min dan ujian regresi linear. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara himpunan purata nilai mata (HPNM) kekerapan yang tertinggi dengan amalan pelajar dalam kecekapan tenaga. Ini menunjukkan bahawa pelajar telah mema- hami tentang pentingnya mengamalkan kecekapan tenaga setelah mengikuti program DEQ selama 4 semester. Selain da- ripada itu, kajian ini juga menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan terhadap gaji penjaga yang mempunyai kekerapan tertinggi dengan amalan pelajar dalam kecekapan tenaga. Ini menunjukkan bahawa pelajar memahami dengan mengamalkan kecekapan tenaga secara tidak langsung dapat mengurangkan kos pembayaran bil elektrik. Secara keseluru- hannya, pelajar DEQ memahami kepentingan amalan kecekapan tenaga.
Kata kunci: Tahap Pengetahuan, Amalan Kecekapan Tenaga, Kecekapan Tenaga
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS