Persepsi Pelajar Politeknik Port Dickson Terhadap Kursus Fotografi (MPU24021/ DRK3052)
Abstract
Persepsi merupakan tanggapan atau bayangan yang hadir dalam minda manusia tentang sesuatu perkara. Kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi pelajar terhadap kursus Fotografi (MPU24021 atau DRK3052) bagi pelajar di Politeknik Port Dickson. Terdapat dua objektif dalam kajian ini. Kajian ini mengkaji tentang penilaian tahap ilmu asas dan latihan penggunaan kamera DSLR atau kamera telefon bimbit. Manakala objektif kedua ialah untuk mengkaji teknik pengajaran pensyarah yang bersesuaian bagi menarik minat pelajar dalam menyampaikan sesuatu pengajaran. Sesi pembelajaran dan pengajaran perlu mengandungi aktiviti-aktiviti yang dapat menyangkal persepsi awal pelajar yang kurang berminat dalam kemahiran seni fotografi. Jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 60 orang yang terdiri daripada pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Awam. Penyelidik menggunakan kaedah soal selidik sebagai instruman kajian. Data yang diperolehi daripada instruman tersebut di analisis menggunakan statistik deskriptif. Dapatan kajian mendapati bahawa aktiviti fotografi di buat di luar bilik kuliah dengan berkonsepkan teknik dan tema tertentu sangat digemari oleh pelajar-pelajar. Berdasarkan daripada hasil kajian ini harap akan memberi cadangan kepada pensyarah kokurikulum MPU24021 (Fotografi) atau DRK3052 dalam menarik minat pelajar dan menambahbaik aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dari semasa ke semasa.
Kata kunci : Persepsi pelajar, fotografi dan minat.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS